Sunday, March 29, 2009

tahap bengang yg mampu korek skrin pakai sudu .

aghhhh .. preview BOF ep 24 dgn 25 sangatlah macam biri biri . punyalah aku download, pastu tunggu every week utk next ep, tiba2 dah hampir last ep ni, tengok preview dia bengang gileee .. time ni pulak lah kan jun pyo tu nak hilang ingatan, nak ade gf baru pulak .. dan dan time nak habis . gile frust tahap longkang ni . hadohh .. kalau tau awal2 dulu dah stop tengok . grrrr . .! hangin gile .

game ini seram . mcm seram sambil mkn cikidis .

aku baru balik jumpa encik bayam . jumaat lepas ade selisih paham . 2 hari tak call, aku pun apelagi, drift la pergi shah alam . (bunyi mcm poyo je drift) . motif beliau merajuk aku pon tak pasti kenapa, mungkin salah aku kot . yer .. aku mmg suka carik masalah . buat org pening kepala , org naik bosan dan org mengamuk merajuk dan sebagainya ..

nak buat mcm mana .. lumrah manusia bergelar gadis . rata2 aku rasa mcm tu .. kot ..
nak perhatian lah, apelah .. salah ke . ?
mungkin salah lah .. kot ..

takpe . lain kali cakap pasal tu .

ni nak cakap pasal game . mase jumpa beliau tadi, beliau suruh kedua adik lelaki aku yg konon hensem tu main game ni . kata beliau, game ni best . psl dalam hotel kena masuk bilik la ape la .. aku cakap kenapa tak suruh aku je main . dia jawab sbb game zombie (aku lupe ape title dia) tu pun aku dah takut gile, ni kan pulak game hotel ni ..

bila aku balik, aku tak puas hati . pantang juga bila orang kata aku ni penakut . (padahal mmg penakut .. sikitlah) aku pun cuba try game ni .

hasilnya .. sampai bilik ke2 je . lepas tu aku suruh adik aku continue . waghkakakaka .
terbukti aku mmg penakut dlm game . eyerlah, aku taknaklah nanti mlm aku study sorang2 kat bawah, time tu pulak lah ade orang nak basuh baju pukul 2 pagi, ade org nak mandi kul 3 pagi , ade org nak menangis kul 4 pagi .. mcm2 lah .

itu takut kan . ? tipulah tu kalau x takut .. ahahah ..

kalau berani mcm nasi briyani, cubalah game ni ..

Sunday, March 22, 2009

kejadian yg mampu buat jantung tiba2 tercicir tepi katil .. hoh .

25 February 2009 .

aku otw balik dari kelas nak ambil semut dari sekolah . punyalah rush balik sebab dah lambat . dah pukul 5 macam tu kot . bila dah sampai, ummi call ..

"angah tak payah ambik piah harini lah . biar ummi ambik . nak bawak dia pergi beli kasut kat bangi . "

aku mengeluh . tekanan .

"angah dah sampai dah .. ummi dekat mana . ? (nada bengang) angah bawak dia balik lah, senang, dah alang2 . "

"ummi dekat kampung lagi . nanti ummi ambik . takpe . thx"

aku diam . penat . lalu gerak balik . sampai rumah, aku bantai tidur . sumpah penat . terjaga bila si wahid ketuk pintu dan hulur telefon kat aku . mamai2 aku jawab . encik KB yg call .

"buat apa tak angkat telefon . ? (nada marah) pergi ambik piah kat sekolah . "

"ummi cakap dia ambik . "

"ummi accident.. !!!"

jantung aku laju . kalah laju jantung orang kene tangkap basah, atau kena pukul dengan penagih, atau sebagainya ..

"dekat mana . ? bila . ? baru je cakap dengan dia tadi"

"dekat highway seremban, pergi ambik piah cepat . man otw balik ambik kereta, dia terus pergi tengok ummi"

aku takut . sangat takut .. takut kalau apa2 jadi kat ummi . terfikir bila tadi aku termengeluh dekat ummi . kalau apa2 jadi, dah kira anak derhaka kan . ? hum .. berdoa banyak2 .

tapi alhamdulillah, ummi ok . kereta je tak ok . tapi takpa . nyawa lagi penting kan . ? ummi hanya weng weng kat kepala, ada luke sikit, kene jahit . tak banyak . stuck dalam ward hampir 4 hari . eheheh .. ramai orang datang bwk bunga dan buah2 . yaih . aku bersyukur ..

ummi kata, masa dia accident, dia ingat dia nak mati dah . dia mengucap . dia kata fikir if dia mati, dia tak dapat tengok anak2 dia kahwin . (akulah tu salah seorang, muwah) aku terus peluk dia , nangis . aku kata dia akan tengok enam2 anak dia kahwin . huhu ..

aku takut nak mengeluh dengan ummi lagi . :(



Friday, March 13, 2009

itu slumdog millionaire doe .

tengok tajuk pun semua orang dah tentu tau . bengap susu lah tu kalau tak tau pasal cerita ni kan . dah tentu menang oscar sikit punye banyak haritu , siap boleh kalah benjamin butang button lagik . kohkoh .

tak payah banyak cite, korang pergi je beli cetak rompak tengok movie ni . sumpah best doe . (kalau tak best tak kan menang oscar pulak kot . herh) jalan cerita dia bagi aku lain dari yang lain . dari budak slum terus jadi millionaire . gile apak siot .

cerita ni banyak mengajar tentang kehidupan la bagi aku . duit bukan senang nak carik, banyak lagi golongan susah sampai terpaksa merempat etc . budak slum ni dari zero tapi berbekalkan pengalaman hidup dia, dia dapat jawab semua ques dlm who wants to be a millionaire tu sampai police suspect dia fraud . tapi dia cerita setiap soalan tu dia tahu jawapan ikut pengalaman hidup dia .. damn .

aku paling suke part dia terjun dalam taik (shitttmannn) semata sebab nak dapat autograf amitabh bachan je . kahkahh .. lawak gile . ade lagi la part lawak plus part sedih2 tu macam dia tengok mak dia kene tembak, kwn dia kene korek mata dengan sudu semata nak mintak derma, part abg dia lepaskan tangan gf dia kt railway, semua lah ..

kira tak rugi la tengok cerita ni . no wonder dia menang oscar and mampu kalahkan benjamin butang. tapi sedih jugak sebab end up budak ni still duduk kt slum jugak . aku ingatkan dia dah lepak rumah banglo ke ape ke, ceh . takkan la menang beribu2 tu producer dia just sponsor school fees je kot . ? damn gile kan . huh .

apepun, haruslah tengok cerita ini .. tak rugi ..