Saturday, October 3, 2009

update , 4 oct 2009 .

haha . sebab setiap entry blog ni tak ada date, terpaksalah aku letak date sendiri . ni semua layout punya pasal . ;p

entry lepas patutnya aku upload pic vacation to spore tu . tapi sebab line punyalah lembab, tak dapatlah letak . lain kali lah . huhu .

tak banyak nak merapu, sekarang ni musim mengawan (musim aku cuti seminggu) memang boring gileeee .. takda apa nak buat . haih . nak keluar budak2 dah start kerja balik . terpaksalah habiskan masa kat rumah . nak belajar lagilah malas . tambah2 sem ni ambil 3 subject je . haih .

tapi tak update blog pun aku still follow bloggers lain . yg aku letak kt tepi tu semua aku follow . oh, cakap psl blog, dee, if u happen to read my blog, kenapa u private kan balik blog . ? tak dapat nak baca .. ish ish .. ouh, tiba2 i teringat since u kawan dgn deqone, is it true dia memadu kasih dgn michelle melodi . ? kikiki .. terkejut i tengok blog gossip2 melayu ni . ke rumours je . ? menakutkan .. mmg betul2 mengamalkan konsep 1 malaysia ni . ehehhe ;p

btw, tadi aku jumpe google gadgets ni . since aku pakai windows xp, so benda ni sgt menarik sbb ada function mcm windows vista . yg jam, stick notes kt sidebar semua tu . teruja jugak la pakai . tapi buat pc lag la . hahaha .. takpe lah, cuba je pakai dulu . if rasa lembab sgt nanti del la balik .

dan buat masa ni aku sangatlah rajin baca the star under navel gazer stories by alexandra wong . dan baru tau beliau ada blog . aku suka baca tulisan beliau, mmg inspired betul disamping boleh improve english . maklumlah , english aku mmg serabut gila . memalukan keturunan je ..

takpelah, nanti aku update lagi . entah bila tah . haha .

Saturday, August 15, 2009

singapore, jalan2 bulan lepas .

bulan lepas aku pergi singapore . short trip je pun . naik KTM . mengada sgt konon nk naik train taknak flight bagai . hamik sekali letih gile . igt nak upload pic je tp lembab pulak connection ni . lain kali la upload . kohkoh .

kadang2 kite kene terima hakikat ..

Sunday, June 28, 2009

takpe ke kalau ummi kite main facebook . ?

yea .. mungkin anda akan ketawa terbahak2 tengok title entry ni . tapi percayalah .. itu betul sebagaimana aku terbahak2 mase bace paper "today" yg free dkt campus tu bila headline dia "OMG, My Mom on Facebook", dan aku siap cakap mengarut dan langsung tak heran tentang isu tersebut, sekarang aku harus heran . terpaksa heran bila ummi aku dah bergiat aktif dalam facebook.

ini semua berpunca dari aunty datin depan rumah bila beliau meng invite ummi terhebat aku tu utk join menda alah ni . suatu pagi ketika aku sedang mencuci ketam utk beliau masak, soalan spt dibawah telah diajukan ..

"angah, facebook tu ape?"

aku dgn baik hati muke innocent tak tau tipu helah tu menjawab ..

"ouh, itu mcm tmpt nk borak2 la mcm ummi ngn kawan2 jauh2 tak payah la call ke ape ke, boley beraktiviti, boley main game, letak2 gambar, macam2 la .. macam myspace, friendster, hi5 aaa .. (dgn niat nak meneruskan tapi mcm dia tak paham je abaikan la), kenapa ummi tanya . ?"

"takde, aunty datin ada invite, tapi ummi tak paham"

"aaa .. angah pon tak paham juga . mcm leceh je tu yg tak main sgt facebook ni. (ini betul, aku mmg benci kot fb ni sbb leceh . sampailah classmate aku smua dok borak psl fb ni. sbb taknak ketinggalan, tepaksalah bergiat aktif). kalau ummi boring2 ummi register la . nanti boley borak2 dgn aunty datin ke kawan2 singapore ummi dulu ke ape ke.."

dan... oleh kerana gatal2 nya mulut aku tu, oleh kerana mengada menggediknya dan celuparnya mulut aku tu, hamik, betul2 ummi register facebook dan beliau bergiat aktif di arena facebook itu mengalahkan aku. habis smua kawan2 dia invite, apa yg jadi sampai aku mop lantai rumah pon dia shout out kan dekat sana .. wahwah .. ini melebihi keaktifan aku ni .

siap kalau aku bangun pagi nak pergi kelas pukul 10 tu, nak salam hug kiss dia smua, tengok2 dia tengah layan fb, lepas masak ke ape pon layan fb . siap dah letak pic kami adik beradik, pic beliau bersama kekasih beliau (abah aku la siapa lagi..) dan pic ketika beliau merantau kesana kesini dulu .. hebat tak hebat beliau . ? oleh kerana mulut aku tu jugaklah jumlah kawan beliau sudah melebihi jumlah kawan aku, long lost friend ketika sekolah dulu dan sebagainya beliau jumpa kembali . macam jejak kasih lah pulakkk .. belum lagi beliau menjawab smua quiz2 mengarut dlm fb tu. beliau ni air la, beliau suke color orange la, herrhhh.. takut kan . ?

tapi yg paling menakutkan, bile tibe2 aku bukak fb, tengok ade 1 invitation dimana invitation tu dari beliau .. yea .. beliau ummi ku nak jadi kawanku di fb .. lagi takut bila display pic aku mase tu .. adalah begini ..



weyh .. takut tak . ? takut kan .. habislah kantoi rahsia percintaan scandal ke ape ke semua .. takuttnyeeee ... ~




p/s : sampai sekarang aku belum approve beliau lagi . konon2 macam cakap lah takde pun dia invite . huahauaha .. tapi jgn risau, aku ttp gembira dan syg beliau, at least beliau tak ketinggalan, mungkin satu hari beliau boley ikot jejak langkah abah aku masuk suratkhabar . mane tau kan . ?

bukan malas, cuma penat ..

aaaa .. lama gile kot tak update blog . hish . bukan ape, cuma takde masa .. ulang alik kajang-subang tu bukanlah hal kecik2 , letih kot . kadang2 rasa menyesal jugak tukar campus ni . elok2 kt miri dgn environment yg aman damai, nak pergi kelas pon 3 minit je jalan kaki, makan senang, semua pun senang .. pandai2 nak tukar campus, padanlah muka. ape nak buat .. salah sendiri .. huhu .

ouh .. mengikut perkiraan aku , sebenarnya duduk rumah sewa lagi untung dari ulang alik . tapi .. aku .. untuk duduk rumah sewa tu satu menda mustahil kot . memanglah best, boley merayap je pagi petang siang malam takda sape nak marah pun, tapi boringlah macam dah jauh dgn fam . haha .. homesick lah konon .

ulang alik kajang-subang je seminggu hampir rm200 . sebulan rm800 . belum campur extra cost bila kene pegi college tibe2 sebab cekgu nak jumpelah, ade discussion la, gatal2 nak dating la . pergh . lemau . dahlah kelas hari2, tapi tu takpe lagi .. tapi bila ade gap nak dkt 4jam tu yg lemah tu . mane nak lepak . kat library . ? haram ... menapak kat library tu macam menapak ke gerai keropok lekor abg tak hensem ujung jalan tu . huh .

minyak pergi balik sehari koman2 rm15 . itu termasuk melencong pergi shah alam . kekekek .. itu wajibbun okeh . ? tol lagi .. ini toksah cakap la .. tol ni mmg mcm haram mahal dia . paling jimat ikot federal tu, tapi jam dia mcm taik unta. kenapa federal tu selalu jam . ? pagi petang siang malam subuh ramadhan rejab setiap masa kot jam pack . kalau ikot LDP pulak, memanglah tak jam, tapi dia punya jauh tuhhh, dah boley balik kelantan dah . dgn jam dkt tol sunway tu lagi, kalau takda smart tag mmg berpeluh la keti beratur. ish ish .. paling hebat ikot NPE, tapi tol mmg sakit lah. rm5 bai .. lainlah boley escape tol sg besi tu . tapi mengikut kata2 nista adik aku, tol tu belum ade lagi jln pintas . utk balik tu adelah, utk pergi tu yg masih dlm proses .. lagipun kalau lari tol sama je habis minyak . baik tak payah kan ..

belum masuk part parking lagi. awal2 dulu poyo la kan park dkt tanah lapang seblah pasar basah tu . sejam 5posen . ok la, tp dah kalau muke kau hari2 park sana pastu takda discount, dgn lebih 10min pun nak charge sejam terus, melampaulah.. parking space dgn tanah lopak2, space antara kereta yg mcm kalau boley kau kene keluar ikot tingkap depan tu sebab pintu terlampau sempit nak bukak, dgn kene tutup side mirror kau takut kereta bodoh pegi langgar tak pun ade kereta bangang parking amik space besar2, tak payahlah. kadang2 manusia ni belajar je tinggi2, tapi common sense mcm tu pun bengap nak mampus . pikirlah org lain pun nak park jugak..herh! sudahnya, aku stop parking kat situ dan berpaling tadah parking dkt rumah2.

tapi jgn pandai2 parking jackkk.. silap2 nnt MPSJ saman. setiap hari rabu, toksahlah bijak sgt nk park tepi2 rumah org tu, confirm kene saman. kalau nak park, lepas pukul sebelas dan mst berambus sebelum pukul 3. lebih je dari masa2 gawat mcm ni mmg tak selamat la . pukul 3 tu dah nyawa2 babi dah sebab mak mak datin bapak bapak yg kaya raya tak kisah kene saman tu akan ambik anak2 diorang sekolah . punyelah sempit kot jalan sbb bederet kereta parking . pulak tu jgn harap korang nak nampak kereta kancil ke kelisa ke atau kereta2 yg kalau ajak race mmg tercabut bumbung bagai, smua kereta maha hebat . maklumlah, sekolah anak org kaya ye tak . ? kene saman pun ape diorang kesah, siap pijak2 je kot saman tu ..

next sem tak taulah nak park kat mane . along ckp ss15 tu kene ade sticker baru boley park . tapi limit 3 kereta 1 rumah . so aku terpaksa la berbaik2 ngn diorang utk pinjam rumah nak beli sticker tu . kakkakaka .. setakat ni masih belum terlaksana impian tu . mungkin park area mobil tu kot . situ mmg MPSJ tak kacau rasanya .. kot lah ..

ini cuti sem .. along balik dari perth ahad lepas . haha .. nak kene paw dia sementara dollar dia masih ada ni dan sementara currency tgh tinggi skrg .. baru dpt duit banyak2 . huhu ;p

Thursday, April 16, 2009

bile terpaksa jadi raksasa dekat rumah ..

lama gila aku tak update blog . bukan malas , cuma sibuk . bukan sibuk belajar, cuma sibuk merayap, batak sejak tukar campus ni .. ape nak buat, lumrah kehidupan .

semalam ummi pulang dari kuching melawat pak lang eddy yg sakit jantung . dah beberapa belas tahun beliau tak jumpa paklang eddy . pergi pun secara emergency . pergi dengan atuk dan nenek, bapa mentua abah . sepanjang ketiadaan ummi, aku la yg in charge kat rumah . habis semua bdk2 ni aku tibai cukup2 . kahakah .. kalau along ade, dah tentu aku tiada kuasa pentibai tersebut . damn .

kebetulan, aku cuti seminggu yg sepatutnya dua minggu tapi kolej aku suka2 hati diorang pendekkan seminggu konon2 nak suruh student pergi campus extra cls supaya menjadi lebih bijak pandai otak penuh sebelum mid test . perth dan miri campus boley pulak cuti 2 minggu. wth . oh, bkn aku je cuti, tp si kerol (name je rempit tapi beliau bkn rempit, bekas rempit, yea mungkin) pun cuti semester jugak . jadi beliau dan aku yg in charge . banyak benda yg menakjubkan sepanjang 4 hari ummi tiada . yea .. benda2 luar biasa yg terjadi diluar jangkaan aku .

sesungguhnya, kejadian misteri yg terjadi datangnya dari kerol, bukan aku .. antaranya adalah seperti berikut :-

1) beliau bangun seawal jam 6.30 pagi untuk menghantar semut dan wahid ke sekolah . sebelum itu beliau juga turut menyediakan sarapan pagi utk mereka .

2) sarapan pada hari isnin merupakan nasik lemak yg dibeli dari pondok kecil pak haji tepi masjid tu .. (tak tau ape nama pak haji tersebut)

3) sarapan pada hari selasa pula adalah red bean dan juga telur hancur org bujang .. (telur hancur yg takde isi, contoh seperti bawang, lada hijau dan sebagainya)

4) sarapan pada hari terakhir sebelum ummi pulang adalah yg paling hardcore antara semua sarapan kerana beliau telah menggoreng roti canai segera .. tetapi .. roti canai tersebut hangus . kahkahkah .. nasib baik beliau tak buat kari kawah sekali . kalau tak mmg confirm aku berus bulu idung sebab terlampau tertekan beliau lebih terer masak berbanding aku .

5) beliau bukan sahaja menghantar dua kanak2 tersebut ke sekolah, tetapi juga telah mengambil mereka pulang dari sekolah tepat pada masanya .

begitulah antara perkara2 magic yg beliau telah lakukan sepanjang cuti beliau minggu ini . tapi aku tau .. pasti ade karipap di sebalik kerang atas semua tindakan hebat beliau itu . kalau tak jangan harap beliau akan menjadi sebegitu rajin .. nak basuh bokser pun harapkan aku .. cehhh !

tapi korang jangan salah sangka, bukan beliau je yg rajin .. aku pun rajin jugak walaupun aku bangun lambat sikit .. banyak kerja2 halal yg aku buat, berpeluh ketiak .. haiz . oh, ade satu hari tu aku masak lambat, tau2 budak2 ni balik aku suruh makan, diorang cakap dah makan kat luar .. punyelah mengamuk aku mengalahkan mak tiri .. sedih gile bila penat2 masak tibe2 tau diorang makan luar ..

baru lah tau kenapa ummi selalu je sedih2 bila aku balik tak makan terus tidur .. moral, baliklah makan kt rumah .. huhu .

Sunday, March 29, 2009

tahap bengang yg mampu korek skrin pakai sudu .

aghhhh .. preview BOF ep 24 dgn 25 sangatlah macam biri biri . punyalah aku download, pastu tunggu every week utk next ep, tiba2 dah hampir last ep ni, tengok preview dia bengang gileee .. time ni pulak lah kan jun pyo tu nak hilang ingatan, nak ade gf baru pulak .. dan dan time nak habis . gile frust tahap longkang ni . hadohh .. kalau tau awal2 dulu dah stop tengok . grrrr . .! hangin gile .

game ini seram . mcm seram sambil mkn cikidis .

aku baru balik jumpa encik bayam . jumaat lepas ade selisih paham . 2 hari tak call, aku pun apelagi, drift la pergi shah alam . (bunyi mcm poyo je drift) . motif beliau merajuk aku pon tak pasti kenapa, mungkin salah aku kot . yer .. aku mmg suka carik masalah . buat org pening kepala , org naik bosan dan org mengamuk merajuk dan sebagainya ..

nak buat mcm mana .. lumrah manusia bergelar gadis . rata2 aku rasa mcm tu .. kot ..
nak perhatian lah, apelah .. salah ke . ?
mungkin salah lah .. kot ..

takpe . lain kali cakap pasal tu .

ni nak cakap pasal game . mase jumpa beliau tadi, beliau suruh kedua adik lelaki aku yg konon hensem tu main game ni . kata beliau, game ni best . psl dalam hotel kena masuk bilik la ape la .. aku cakap kenapa tak suruh aku je main . dia jawab sbb game zombie (aku lupe ape title dia) tu pun aku dah takut gile, ni kan pulak game hotel ni ..

bila aku balik, aku tak puas hati . pantang juga bila orang kata aku ni penakut . (padahal mmg penakut .. sikitlah) aku pun cuba try game ni .

hasilnya .. sampai bilik ke2 je . lepas tu aku suruh adik aku continue . waghkakakaka .
terbukti aku mmg penakut dlm game . eyerlah, aku taknaklah nanti mlm aku study sorang2 kat bawah, time tu pulak lah ade orang nak basuh baju pukul 2 pagi, ade org nak mandi kul 3 pagi , ade org nak menangis kul 4 pagi .. mcm2 lah .

itu takut kan . ? tipulah tu kalau x takut .. ahahah ..

kalau berani mcm nasi briyani, cubalah game ni ..

Sunday, March 22, 2009

kejadian yg mampu buat jantung tiba2 tercicir tepi katil .. hoh .

25 February 2009 .

aku otw balik dari kelas nak ambil semut dari sekolah . punyalah rush balik sebab dah lambat . dah pukul 5 macam tu kot . bila dah sampai, ummi call ..

"angah tak payah ambik piah harini lah . biar ummi ambik . nak bawak dia pergi beli kasut kat bangi . "

aku mengeluh . tekanan .

"angah dah sampai dah .. ummi dekat mana . ? (nada bengang) angah bawak dia balik lah, senang, dah alang2 . "

"ummi dekat kampung lagi . nanti ummi ambik . takpe . thx"

aku diam . penat . lalu gerak balik . sampai rumah, aku bantai tidur . sumpah penat . terjaga bila si wahid ketuk pintu dan hulur telefon kat aku . mamai2 aku jawab . encik KB yg call .

"buat apa tak angkat telefon . ? (nada marah) pergi ambik piah kat sekolah . "

"ummi cakap dia ambik . "

"ummi accident.. !!!"

jantung aku laju . kalah laju jantung orang kene tangkap basah, atau kena pukul dengan penagih, atau sebagainya ..

"dekat mana . ? bila . ? baru je cakap dengan dia tadi"

"dekat highway seremban, pergi ambik piah cepat . man otw balik ambik kereta, dia terus pergi tengok ummi"

aku takut . sangat takut .. takut kalau apa2 jadi kat ummi . terfikir bila tadi aku termengeluh dekat ummi . kalau apa2 jadi, dah kira anak derhaka kan . ? hum .. berdoa banyak2 .

tapi alhamdulillah, ummi ok . kereta je tak ok . tapi takpa . nyawa lagi penting kan . ? ummi hanya weng weng kat kepala, ada luke sikit, kene jahit . tak banyak . stuck dalam ward hampir 4 hari . eheheh .. ramai orang datang bwk bunga dan buah2 . yaih . aku bersyukur ..

ummi kata, masa dia accident, dia ingat dia nak mati dah . dia mengucap . dia kata fikir if dia mati, dia tak dapat tengok anak2 dia kahwin . (akulah tu salah seorang, muwah) aku terus peluk dia , nangis . aku kata dia akan tengok enam2 anak dia kahwin . huhu ..

aku takut nak mengeluh dengan ummi lagi . :(



Friday, March 13, 2009

itu slumdog millionaire doe .

tengok tajuk pun semua orang dah tentu tau . bengap susu lah tu kalau tak tau pasal cerita ni kan . dah tentu menang oscar sikit punye banyak haritu , siap boleh kalah benjamin butang button lagik . kohkoh .

tak payah banyak cite, korang pergi je beli cetak rompak tengok movie ni . sumpah best doe . (kalau tak best tak kan menang oscar pulak kot . herh) jalan cerita dia bagi aku lain dari yang lain . dari budak slum terus jadi millionaire . gile apak siot .

cerita ni banyak mengajar tentang kehidupan la bagi aku . duit bukan senang nak carik, banyak lagi golongan susah sampai terpaksa merempat etc . budak slum ni dari zero tapi berbekalkan pengalaman hidup dia, dia dapat jawab semua ques dlm who wants to be a millionaire tu sampai police suspect dia fraud . tapi dia cerita setiap soalan tu dia tahu jawapan ikut pengalaman hidup dia .. damn .

aku paling suke part dia terjun dalam taik (shitttmannn) semata sebab nak dapat autograf amitabh bachan je . kahkahh .. lawak gile . ade lagi la part lawak plus part sedih2 tu macam dia tengok mak dia kene tembak, kwn dia kene korek mata dengan sudu semata nak mintak derma, part abg dia lepaskan tangan gf dia kt railway, semua lah ..

kira tak rugi la tengok cerita ni . no wonder dia menang oscar and mampu kalahkan benjamin butang. tapi sedih jugak sebab end up budak ni still duduk kt slum jugak . aku ingatkan dia dah lepak rumah banglo ke ape ke, ceh . takkan la menang beribu2 tu producer dia just sponsor school fees je kot . ? damn gile kan . huh .

apepun, haruslah tengok cerita ini .. tak rugi ..

Thursday, February 26, 2009

kan best kalau boley jadi mcm geum jan-di..

sekarang ni aku macam dibawah pengaruh ketagihan drama korea, damn bukan ketagih seks dan keluarga . bodoh . ! baru2 ni aku saje je usha mysoju, top rated dramas diorang selalunya tak mengecewakan . kalau best tu memang betul2 best, bukan takat best pakai badge . tah hape2 .

maka oleh itu aku tersangkut dengan drama hana yori dango . tapi dalam versi korea, bukan jepun . kalau jepun nama dia hana yori dango, tapi korea ditukar kpd boys over flowers . aku tak lah tau detail asal usul hana yori dango ni, tapi yg aku google, hana yori dango ni asalnya dari manga, pastu ade anime pastu adaptasi jadi drama jepun dan sekarang ada dalam korea pulak . aku prefer korea lagi dari japan, mungkin dorang lebih hemsem . ? kahkah ..

boys over flowers ni cerita dia comedy romance la . tak la jiwang nak mampos macam stairway to heaven yg along aku tengok nangis2 atau winter sonata yg meleret2 tu . aku sgt benci doe cite jiwang keje asik nak menangis ni je . bosan . kalau cerita gelak2 nangis takpe jugak . tipulah tu kalau korang ade tgk drama or movie dari japan or korea tak meleleh airmate . paling koman pun hingus meleleh .. huh .

aku pun malas nak bagi sinopsis, korang tengok je lah kalau berminat . kat KBS sekarang baru episod 16, dia ada 24 episod, ditayangkan setiap hari isnin dan selasa . kat KBS astro baru episod 4, so kalau korang dah terlambat bolehlah tengok kat astro jer . ataupun download je dari blog ni . dia ade link semua episod dari youtube . macam aku sekarang tepakse berpeluh ketiak tunggu setiap selasa dan rabu untuk budak yg upload tu letak subtitle dan pelbagai seblm post dalam youtube . gile bapak la melayan drama ni .. huahua ..

ouh .. ini jejaka kacak bergaya yg aku suke dlm cerita BOF ni .. percaya tak beliau baru 22thn . ? damn!

Sunday, February 15, 2009

full house 2 - coming soon baby .. ;p

ahahah .. tiba2 teringin tengok korean drama pulak . bosan gila tak tau nak buat apa . selalu aku tengok kt sini untuk drama korea + jepun .

aku bukannya hardcore sangat dengan drama2 ni . tapi sebabkan pengaruh dari roomy aku kat miri dulu, aku pun terjebak lah . lagi2 dengan along aku yg minat korea tu . kalau drama yg dia suka confirm dia beli set ori punye . gile bapak doe . hampir ratusan utk cd saja . wallah . heran aku . roomy aku lebih prefer japan, along aku korea . so diorang selalu lah gaduh sape lagi hebat, lagi hensem pelbagai . kahkah ..

yg buat aku teruja tadi, sebab aku tengok, full house 2 will be out soon . haha .. ini 1st korean drama yg aku tengok . mmg terhibur doe . x tipu . hopefully next season ni rain and song hye gyo still berlakon lagi . kalau bertuka mmg hampeh kot aku rasa . haha ..

itu je ;p

sedap ke tido . ?

aku tak boley tidur . sindrom sungguh rasanya . mungkin tekanan . mungkin terlampau banyak berfikir isu semasa . isu kejatuhan ekonomi .. ecehhh .. bukan main poyo lagi .

aku harus tidur .. sekarang . sebab besok kene bangun seawal pagi . bukan pagi aku seperti kebiasaan, pagi aku yg pada pukulan ke dua belas max itu adalah pagi aku . tapi ni aku harus bangun pagi pukulan ke 7 max . sekarang dah hampir pukul 5 . mampukah aku bangun . ? damn . ! ini semua salah briyani kambing yg aku makan mlm bersama keluarga tadi . haha ..

besok .. aku harus ke subang jaya . harus men'settle'kan borang pertukaran campus aku . due date hari rabu . lagi 2 hari baru terhegeh hegeh ketiak berpeluh nak submit form kan . ? bongok je .

oh .. mulai semester depan, aku tak akan pergi ke miri lagi . yei yei aku sungguh gumbirahhh .. aku akan bertukar campus di kl . tidak perlu naik belon lagi (org sane panggil kapal terbang itu belon, sungguh aku tak tipu). tapi, walau gembira pun aku, aku tetap sedih . sedih sepatutnya aku turut serta jejak langkah kawan2 ke kota yg ade binatang bernama koala itu . tapi apakan daya, nasib tidak menyebelahi . terpaksa la stranded dekat sini sorang2 . sedih gile doee ..

mizah dah bertolak 2 bulan lepas . ambil summer course kat sana .
amir dan tasha pula baru bertolak semalam . tasha holiday 3 minggu doe kt sana . gempak kan? dorang plan nak tengok konsert coldplay . (itek, sila jeles sekarang)
along aku akan bertolak ahad depan .
yas pula hari isnin keesokan hari .

aku . ?

jangan tanyalah .. nanti aku nangis :( sape nak pujuk . ?

esok tak tau nak pergi naik ape . nak drive malas . bosan . lagipun bayam still tak sihat . tah kenape pening2 beliau sangat lama . siap ade hingus hijau lagi . kohkoh ..

bingai . aku patut tido sekarang .

Saturday, February 14, 2009

saye nak jumpe awak deep . go rindu .

aku tak boley tidur . sakit perot mcm nak teberak tapi tak nak berak sebab banyak nyamuk macam berak kat jamban luar masa kat kampong dulu . bodoh gile ni . sebenarnya aku risau . yer .. risau .. risau sebab takde duit . risau sebab tak belajar cuti sem lama sangat tahap otak aku mampu untuk gilis dekat padang belakang rumah . bukan lagu the padangs . hoh .

oh .. apesal aku membebel bukan2 .

aku rindu dekat deep . ye engkau deep . puan diba . aku nak jumpa kau tapi duit takde dan kereta juge tiada . eh . kereta ade cuma aku je tiade duit untuk isi petrol . uwang saku yang diberi selalu aku habiskan untuk mengisi lubang pusat aku ni dengan pemakanan yg tidak seimbang . itu passallah .. huh .

dah la kahwin kau aku tak pegi, ni pon tak jumpe . dah berapa tahun tak jumpe . rindu gile . aku akan cuba sedaya upaya untuk jumpe kau before kau melahirkan anak yg cumel mcm anak aleen nnt yeh . ? aku tak kan balik miri lagi dah . sungguh gumbira rasanya .. hahaha .. mcm poyo gile je .

oklah aku nak tidur . nanti aku sambung lagi . rindu kau banyak2 .. ehehhe .. ape rasanya bila lepak dgn wife org yer . ? padahal dulu lompat bersama2 di kotaraya . kahkah .. ;p

chocolate slice . ahah .


kelmarin sangap melanda . tak tau nak buat ape . blog walking and discover pulak resepi nih . choc slice . tengok bahan and cara dia senang je . tak payah bakar pelbagai . ok . aku mmg bengap sikit kalau masak2 membabitkan pembakaran ni . karang hangus mcm arumugam la, ape la dah susah . damn gile .

jadi, seperti gambarajah di atas merupakan hasilnya . babeng la kalau korang kata buruk kan . ? buruk2 pon sedap ok . buruk pun sebab aku tak potong pakai slice kejadah ape tu tah . harus ke pakai benda alah tu . ala .. tak pe, aku yg makan pon .

ingatkan nak save bagi bayam . kebetulan pulak dia sakit pening2 tak tau kenape . dah berapa hari tak sembuh2 . risau juga .

takpe . ini resepi choc slice ni . manelah tau korang nak cube try pulak kan . (wth selalu ayat cube try?) hoho .. ini dia ..

Bahan-bahan

200 gm coklat susu - aku gunakan Cadbury Black Forest Chocolate Bar

40 gm unsalted butter

70 gm biskut marie

70 gm coklat putih - aku gune white cooking chocolate

Cara membuatnya

1. Potong-potongkan coklat susu dengan butter.

2. Cairkan secara double boil. Selepas cair sejukkan dalam 5 minit.

3. Patah-patahkan biskut marie.

4. Cincang-cincang coklat putih tadi.

5. Bila cairan coklat dah sejuk sikit, masukkan pecahan biskut dan coklat putih tadi. Gaul rata.

6. Basahkan / Lembapkan bekas untuk dimasukkan campuran coklat biskut tadi.

7. Lapikkan dengan plastik wrap. Hujung-hujung plastik wrap tu pasti berlebihan.

8. Tuang campuran coklat biskut.

9. Tekan-tekan campuran tersebut supaya mampat dengan sudu atau garpu.

10. Tutup bahagian atas campuran tersebut dengan lebihan plastik wrap tadi supaya boleh ditekan-tekan untuk dimampatkan.

11. Sejukkan dalam peti sejuk selama 2 jam.

respi ni dicurik dari sini . http://resipi.net/cookbook/question.php?ID=263

selamat mencube . !

Wednesday, February 11, 2009

surprise . !

hari ahad lepas, terdapat beberapa kejutan yang mampu buat aku mengalir air mate . pegi mampos nak kata aku sensitip aku pedulik hape ..

kejadian terkejut 1 :

sangap duduk rumah . bergayutan dgn bayam . tiba2 beliau kata ..

encek bg kejutan : i nak otw to low yat ni . nak beli hard disk and ram i .
cik taktau kejutan : low yat . ? nak ikottttt .. (sila bace 2 harkat)
encek bg kejutan : tak boley . bawak u leceh bila beli barang pc ni . i nak ketenangan .

cik taktau kejutan lantas terus berasa sedih ..

encek bg kejutan : u nak ke ikot i . ?
cik taktau kejutan : nak nak .. nak ikot (nada riang ria mtk penampar)
encek bg kejutan : ok, lagi 5minit i datang .
cik taktau kejutan : u jgn main2 dear, u dah gila ke . ?
encek bg kejutan : i dah sampai stadium ni ..
cik taktau kejutan : gileee laaaa ... mane sempat nak siap . ok la bai ..

kejadian terkejut 2 :

kami ke mines, sebab kat situ boley tahan juga IT dia . sekarang dah well organized, tak macam dulu serabut . at least better than low yat tak payah jauh2 pergi .

keterkejutan kedua ni terjadi kat parking mines .

cinta : nak bau perfume i beli hari tu . ? (tunjuk perfume itu)
saye : wangi . bau rilex je . wangi la . org suke .
cinta : itulah .. perfume dolce u tu tak ada . awek tu kata next week baru sampai new stock .
saye : takpe . perfume tu memang susah nak jumpe pati dia .

berkata aku sambil bersiap siap untuk keluar kereta .

cinta : kejap dear .. nah , ini untuk u . (hulur kotak kecil light pink sambil ******** << ok ini kene bintangkan)

aku terdiam . terkejut . terpana . terbongok sekejap .

takde reaksi . 10saat lepas tu ..

saye : untuk org . ? (buka dan bau itu perfume, wangi gile ok, rasa mcm ada b/ground pink and bunga2 beguguran, haha)
saye : wanginyee .. sumpah wangi . u bagi org . ?
cinta : ye lah . semalam tu i ayat je cakap i beli utk my mom . i test kat fara and angah, diorang kata ok . best .
saye : waa .. bla bla bla ..

lepas tu tak payah la aku sambung lagi . takut ade yang baling jambu batu kat skrin pulak . aku terharu , sgt terharu . walaupun perfume tu kecil, tapi sgt bermakna . dahla wangi . bau dia sweet gile .. teruja tahap masa jln pun dok hidu lagi kt tgn . kahkah .. ini dia perfume tersebut .



kejadian terkejut 3 :

ni aku rasa tak payah la cerita detail . cukup sekadar aku cerita yang kami ke pizza hut untuk makan ringan2 sebab aku sgt mengidam makan pizza haritu . eh, tak .. tiap2 hari asal aku bangun je aku mengidam makan mcm2 . itu yg beliau pening kepala tu . hehe .

dengan itu .. hasil kami pada hari itu ialah :-

beliau membeli hard disk 160gb (paling kecik ni doe) dgn 2gb ram. jumlah keseluruhan hampir rm350 . belum campur game beliau beli lagi . haizz .. !

kesimpulannya,
aku sangat teruja hari tu . tak dapat gambar dgn kata2 . sampai skrg pun still teruja . ;p

Wednesday, February 4, 2009

teka teki tekanan .

cerita kelmarin ..

yOu hemsem : u nak dgr satu teka teki epul x . ?

me cantik : ape dia . ? (sambil kerut2 dahi)

oh lupe . epul ni merupakan bestfriend + gayfriend bayam . kenapa aku kata gayfriend . ? sbb mereka kadang2 meraba peha masing2, itu contoh .

yOu hemsem : aha listen . dlm cerita ni, i bus driver . i bwk 5 tingkat bas . hari2 i akan lalu jalan yg sama, dari shah alam ke kl . (ini contoh je aku x igt exactly) . ok .. 1st pit stop, ade 20 org naik bas .

me cantik : (angguk sambil berfikir)

yOu hemsem : 2nd pit stop pulak, 5 org turun, 12 org naik .

me cantik : (mate juling buat kiraan)

yOu hemsem : 3rd pit stop, 5 org turun, 20 org naik . (senyum2)

me cantik : (sambung kiraan)

yOu hemsem : 4rd pit stop, 12 org turun, 10 org naik . (tgk aku terhegeh2 kira) then, last pit stop, 30 org naik, 20 org turun .

me cantik : (siap gune jari kaki utk kira, maklumlah aku lembab mencongak) . ha .. org dpt .. jwpan dia 50 org tinggal .

yOu hemsem : (geleng2 kepala)

me cantik : habis tu berapa . ?

yOu hemsem : soalan dia .. apakah warna baju driver bus tersebut . ? (sengih2)



jangan tanya apa tindakan selanjutnya .. yg pasti, aku pandang beliau atas bwh . beliau yg sedang memakai baju merah ..

perlu ke aku marah . ?

perlu ke aku pukul beliau bertubi2 smpai hilang sideburn beliau . ?

perlu ke aku gilis bibir beliau dkt stereng kereta . ?




sudah pasti aku x mampu utk buat semua tu ..



tapi aku pasti, aku boleh mencabut bulu kaki beliau 2 3 helai hari itu ..


aku tekanan ok !

Tuesday, February 3, 2009

ketagih fussball .

entri kali ni , entri malas nk menaip . hoh . ok . sebenarnya aku ketagih main fussball ni . ape dia fussball, sile lihat rupa paras di bawah ini . aku baru tau nama game ni fussball, kalau x haram aku nak tau . aku selalu jugak tengok meja ade org kecik kecik boley berpusing 360 darjah ni, tapi aku x tau pulak main benda alah ni boley buat aku ketagih, selain dulu2 aku ketagih main travian . haha .


senang je nak main game ni . tak sesusah main rugby atau sesenang main dam aji . kire boley tahan la . game ni bayam yg ajar aku . kebetulan lps berkarok ade pulak benda ajaib ni kt pusat karok di ampang park sane, beliau pon mengajar aku satu benda baru dlm kehidupan aku ni . itu pertama kali main , beliau kalah x silap aku . aku menang pun sbb farra adik beliau tolong aku . terima kasih kpd farra . eheh .

kali kedua main fussball ni masa aku dan beliau berlegar2 dkt 101 mall puchong sana . pun mencuba tmpt baru sbb x pernah kesana . tapi kali ni aku kalah teruk . 6-0 x silap aku . beliau langsung x bagi chan malichan dkt bdk yg kerdil ini . ngaaa .. ~

utk membusukkan keadaan, game yg kedua terakhir tu, aku ambik bola dlm table tu dgn muka x bersalah . haha ..

sejak tu beliau dah x nak main fussball dgn aku .. :(

kesian tak . ? huhu ...

takpe, nanti aku suruh beliau aja game bola2 ini pula ..



beliau pasti tekanan .. ;p

Saturday, January 31, 2009

kempunan itu hotdog rm3 .


minggu lepas, minggu yg sgt meletihkan , gile korang x letih . ari isnin tu aku, kapten, wani gebu dan wani kiah turun port dickson . kebetulan dua2 wani tu cuti, so dorang pun plan mengejut nk pergi p.d dgn aku sen takde lg . aku ckp ngn diorang aku nyawa2 pari2 di zaman cuti persekolahan ni, dorang ckp xpe, bwk badan je . so aku pun follow bwk bdn je la . xde bwk limau purut ke, bwk karipap utk bekalan ke, hape pun xde . haha . padan muke diorang kene payung semua ;p

tapi entri kali ni aku bkn nk cerita psl riang ria cuti aku ke p.d, tidak .. jgn salah sangka dan overexcited sgt . (bunyi mcm poyo kot padahal bkn la ade peminat nk bace blog aku) . buduh . lain kali je aku cerita trip ke p.d tu, bile wani gebu dh upload pic nnt . tapi jgn harap aku nk letak pic tersebut utk tontonan korang yg mate keranjang ni .. tidak tidak . jgn salah sangka lagi . tolonglahh..

ok . berbalik kpd cerita aku penat minggu lps .

hari selasa pulak, pagi yg buta lagi aku dah bangun . bgn utk pergi ke swimmingpool . utk ape pergi sane . ? utk berenang la macha .. x kan nak shuffle dlm air pulak kan . ? haiz .. sebenarnye aku pergi sbb nk belajar berenang . maklumlah dlm keseluruhan carta adik beradik aku, aku sorang je yg hampeh dlm arena renang ni . adik aku yg semut tu pun hebat berenang kat kolam 5kaki dlm . damn semut . ouh, aku panggil dia semut sbb bayam kata dia mcm semut . suara kecil, bdn pun kecil . kahkah ..

sekembalinya aku dari berenang dan sedang bersantaian, tiba2 bayam call aku . sejak kelmarin mase trip ke p.d tu, aku berkrisis mengada ngada sikit dgn beliau . saje nk tarik perhatian, biasalah perempuan . (tipula tu kalau awek korang x mcm tu) borak2, pastu hang up . mandi pelbagai, pastu rasa mcm hampir nak tidur , bayam call . dia cakap lagi 5 - 10 minit sampai rumah dgn farrah . gile bapak terkejut aku . ape lagi mcm superwoman la aku bersiap . biasalah aku kalau bersiap mengalahkan mak datin . nk gosok baju la, berus kening la, haiz .

nasib baik dah siap mase beliau sampai . kami pun ke jusco . tgk wyg cite underworld . ok aku x phm cite tu sbb x tgk dari ep1 . pastu teman beliau shopping brg2 dapur kt tesco kjg ruma aku ni . sebenarnya hajat beliau nk pergi tesco shah alam je beli brg, pastu aku gedik2 ckp shopping kt tesco kjg, x tau pulak beliau nk buat surprise mcm tu, betul2 beliau dtg . huhu . terharu gile la kan ;p kecuali la org yg x suke surprise .. kan . ? x pe, abaikan golongan tersebut . part aku suke ikot dia beli brg dapur ni sbb aku boley naik troli pastu beliau tekanan kene tolak .. haha .

ok cukuplah cerita pasal tu . entri kali ni bkn nak cerita kisah aku naik troli pelbagai, lain kali je aku cerita .. huhu . berbalik kpd tujuan asal .

hari rabu pulak, bayam ajak keluar lagi . kali ni teman beliau siapkan kerja beliau dan kepelbagaian .. kebetulan aku dpt pakai kereta, aku pun zasss ke shah alam .. (bunyi mcm hebat kan?) hajat aku lepas beliau siapkan kerja semua, aku nak ke ikea, mkn hotdog ikea rm3 yg sekali ngn air boley refill suke2 hati tu .. lama gile xmakan, kempunan . :(

maka selepas selesai segala tugasan, kami pun ke ikea . bukan main riang ria berbunga2 lagi hati aku dpt pergi sana . huhu . selalu kalau keluar ngn beliau jarang dpt lepak jauh2, yelah, beliau byk kerja pelbagai, so sekali sekala dpt pergi jauh ni sgt teruja . (ikea tu dah kire jauh la, xkan nk ckp kedah pulak baru jauh kan?)

mula2 tu kitorang jalan2 je dlm ikea tgk showroom semua pastu berangan la nak bilik design mcm tu, mcm ni . nak meja yg gempak2, almari hebat2 boleh bukak 16pintu pelbagai, huhu . ape salahnya berangan sekali sekala ;p

pastu baru mkn hotdog rm3 tu . aku makan menceceh je hotdog tu , beliau mkn elok je . tahpape je aku ni . tp ok la , asalkan kempunan tu hilang betul x . ? heh ..

itu je lah .. nak cerita psl hotdog ikea je . dulu aku sanggup dtg jauh2 semata nak mkn hotdog ikea tu . x tau kenapa . mungkin diorang ade letak dadah dlm tu . kahkah ..

ok .. dah habis .

Sunday, January 25, 2009

How To Tell Whether a Man Likes You



aku tak boley tidur .. tidak, aku bukan kecewa . cuma aku byk berfikir tentang mase depan (wahwah .. bunyi mcm hebat). aku cube try surfing mencarik benda2 tak patut, lalu aku terjumpa benda ini .. mari kita baca bersama sama .. haha.


He may be courteous but not curious.
ome men may be well-mannered and show this by remembering your name, making eye contact, engaging in small talk, being an attentive listener, and asking questions with apparent sincere interest. But this may only be an indicator of courtesy, emotional maturity, or good human relations skills. While all these positive things are helpful in creating a friendly atmosphere, it would be unwise for you to jump to the conclusion that the man is actually interested in a romantic way. It may simply be a case of a more refined, civilized man acting in a courteous manner towards you as a person.

He may be curious, but not actually be interested or even like you.
Sometimes you will run across a man who expresses a lot of curiosity in the way he asks questions, gives you his full attention, and keeps his eyes riveted on you. But these behaviors don't automatically mean that the man is interested in dating you or that he has developed any feelings of affection towards you. He may just find you to be interesting looking and/or he may be already involved with another woman and this is his one seemingly harmless way of enjoying the variety of other women in a detached, non-threatening way.

He may like you some, but not enough to risk the pressure of rejection.
A man may have positive feelings for you, but those feelings aren't strong enough or clear enough at this point to make the effort of pursuing you aggressively. It could be that the circumstances of his life make it much easier and less painful to just let this romantic opportunity pass. Perhaps he feels the competition for you is too stiff, that you're already involved with another man, or that you don't think very highly of him. In any case, the guy figures that it's just not worth the hassle to pursue you and feel the pressure of a possible rejection. On the other hand, if a man starts asking around with your mutual acquaintances about you, then that may be his way of gathering all the facts before making his big calculated move towards asking you out.

He may like you enough to overcome his fears and ask you out on a date.
If a man actually asks you out for a date, then that confirms his initial interest and positive feelings in the clearest way. If he backs that up by making a real effort in planning the date, spending money, treating you with respect, and showing you a good time, then you may be well on your way to being asked out again. You can help your cause towards continuing this dating relationship by: expressing gratitude, allowing the man to get comfortable, enjoying yourself on the date, and engaging in lively conversation that leaves a pleasant imprint on the man's heart and mind.

He likes you enough to want a relationship with you.
A man could actually like you, ask you out on a few dates, and still end up giving up the pursuit. If his feelings of affection or desire aren't strong enough or don't come quickly enough, he may fade away from you. Good indicators of a man who wants an expanded relationship with you include: discussing the future together, showing you off to his friends, introducing you to his family, enjoying and maintaining daily contact, respecting your timetable for physical intimacy, opening up his feelings and revealing his sincere intentions to you.

He likes you enough to want an exclusive relationship for keeps.
What you don't know after a few dates with a man is who you're competing with. Two questions that remain are: 1) Does he like you more than anyone else in his life right now? And 2) Does he like you more than anyone else he's ever known? The answers to these questions will largely be determined in the future by the romantic chemistry that naturally develops between the two of you and the bonds of intimacy you start sharing with each other.

The Bottom Line
Men leave dating and romance clues all the time. For you, it's just a matter of finding and interpreting these clues correctly and not jumping to unwise conclusions. Remember, that gauging a man's level of sincere interest is a necessary skill that all smart women will want to possess in their pursuit of more enjoyable dating and successful long-term love relationships.




advice taken from here .

picture taken from : here (aku sgt suke blog beliau)

wonder girls . ;p

aku tertarik tengok video ni . girls band dari korea . (yeke sebut dia girls band . ? sorry la english aku x power) lagu dia bagi aku biase je . takde tahap wow lagi . yg buat menarik part diorang dance . mcm smart kan . ? bagi aku la .. aku bkn la seorang penilai yg terbaekkkk punye, tp so far girls band lain aku tengok mcm haram je diorang punye dance . takpelah, x payah mengarut sgt, sila lihat klip dibawah . kahkah ..

Saturday, January 17, 2009

kenape mesti dia sehelai gadis bkn seketul jejaka . ? agh!

ketika entri ni ditulis, aku sedang mengalami kekecewaan yg belum ditahap dahsyat lagi, tp hampir kepada kecewa di tahap para puri . yea, aku kecewa kawan2 . kecewa tahap aku mampu menggilis karipap sedap tmn delima di jalan raya ..

soalan : kenapa aku kecewa . ?
jawapan : aku kecewa sbb ptg tadi aku dikabarkan dgn kabaran yg agak tidak menyenangkan ..

bermula kisah kecewa aku bile aku ber ym dgn husna . aha, itulah kegiatan baru aku di musem mengawan kala ini . pagi ptg siang mlm aku pasti ber ym dgn insan bernama husna dan dayah ini, bergosipan ttg isu2 semasa, yg pasti bkn psl kenduri maut mawi ekin itu, bukan bukan .. kami bergosipan ttg isu perdagangan, isu kemelesetan ekonomi kami dan kepelbagaian . malas aku nk sebut . huh .

hari ni aku baru tahu yg husna mempunyai sekeping blog . ya, beliau ada blog tp bkn di blogspot ini tetapi di blog fs .. sile klik sini utk ke zon kurang serius . (ini promosi) mulanya aku ingat nk memperkenalkan serba sedikit pasal husna ni, tapi entri kali ni bkn berniat nk berkenalan kan beliau pada korang, jadi lain kalilah ye .. jgn kecewa pule .

berbalik kepada cerita aku kecewa tadi ..

aku tidaklah sempat menamatkan riwayat membace blog husna sampai abis (sori sna jgn mrh) tp aku sempat menjeling jeling blogroll beliau lantas aku terpegun .. ye, di blogroll beliau ade satu nama yg mampu membuatkan jantung aku hampir jadi mcm jantung davy jones . siapa itu davy jones, sila google bkn di google earth . kebetulan husna ade di ym, aku terus pm beliau ..

ecah terbang: hey .
ecah terbang: kau ade blog . ?
ecah terbang: kau seorg bloggers juge .

Husna : hahaha aku blog fs jek
Husna : mmg dah lame dah

ecah terbang: hahak .
ecah terbang: x kisah la . asal bloggers . wow .
ecah terbang: kau pon bce blog **** (sori ni aku tepakse bintangkan) .
ecah terbang: ahahah .. sumpah lwk dia tu .
ecah terbang: sakit jiwa aku bce blog dia .

Husna : hahaha
Husna : aah blog dia dah popular kan
Husna : gile ramai yg komen walau kdg2 dia xbls

ecah terbang: kwn kau ke dia tu .
ecah terbang: aku jmpe blog dia mse boring2 usha blog .
ecah terbang: ayat dia mcm slamber je tp stok gelak x beringat . ahax . (aku x tau kenape ahaks aku nk kene gedik mcm ni)

Husna : xde la, bkn kwn aku
Husna : aku rase dia pelakon tomboy cite ***** (pun terpaksa dibintangkan jugak)
Husna : ko penah tgk x?

ecah terbang: wakakak .. ye ke . ? bkn dia laki ke . ? (aku menaip dgn jari terketar2)
ecah terbang: tgk . tp aku x perasan yg mane 1 .
ecah terbang: npe kau ckp cmtu . ?

Husna : hahaha
Husna : dia pempuan
Husna : b4 ni dia ade letak gamba dia
Husna : dia tomboy
Husna : tp bab dia pelakon tu
Husna : aku just andai2
Husna : sbb kwn2 dia slalu ejek dia
Husna : hehehe

aku dah tak mampu nak sambung ber'taip'an dgn husna lagi ketika itu . pandanganku kelam tiba2 . ecehhh .. cerita nk yoyo on je kan .. huhu . aku terkejut . sungguh terkujat .

tidak mungkin . tidak mungkin beliau dari blog yg amat kugemari itu sehelai gadis . sgt tidak logik . lantas tanpa segan silu dan berbekalkan secawan teh o panas, aku membongkar identiti beliau yg kugemari itu . aku bace keseluruhan blog beliau utk mendapatkan kepastian . aku tidak puas hati . segala komen2 beliau juga aku jajahi .. dan akhirnya ..

akhirnya terbukti ..

blog yg aku tersangat gemari itu, blog yg aku bace setiap kali ada entri baru itu, blog yg hasil tulisannya mampu buat aku terkentut kentut sambil memegang karipap itu, ternyata .. mmg sahih, mmg sudah terang lagi bersuluh .. eyer ..

blog itu adelah blog sehelai gadis .. bkn seketul jejaka .. ouhhhh .. !

aku sungguh kecewa yg tidak terhingga .. kecewa hingga hampir menjilat jari ..

kenapa beliau ditakdirkan seorang gadis . ?
kenapa aku tak dpt membezakan tulisan cik impit dan tomez . ? (ini ketegeri porno tak?)
kenapa mesti aku tahu beliau seorang gadis . ?
kenapa . ? kenapa . ? kenapa . ?

aku kecewa . kecewa mcm tak dpt mkn aiskrim mekdi dan tepakse mkn aiskrim yogi .

adekah ini bermakna aku seorang lesbo . ? kahkahkaha .. ok . ini keluar tajuk .

Monday, January 5, 2009

tali gipang keledar belakang ..

ahahah .. tali gipang . ? ok kenapa nk gelak dgn title sendiri . ? bongok betol . tah, tapi aku terasa jugak nak gelak . sukahati aku la kan .. perot aku bkn perot jiran bapak sebelah . hum .. aku rasa mcm kelakar sorang2 bila ingat tragedi funcil kwn aku ptg td . (aku pgl funcil sbb kancil tu mcm seronok je naik berhimpit2 berpeluh ketiak la kan?)

alkisahnya bermula ..

nieza mentelipon aku pagi2 yg tak berapa nak buta sgt (tapi buta bg aku sbb call pukul 10 pg aku sedang enak bermimpi pelok2 la kan) . beliau call nak dtg rumah pinjam laptop . itu jelah kerja beliau kalau mintak tlg barulah carik aku .. kalau aku mintak tlg ade je excuse . herh .. aku ckp dtg lepas zohor la sbb aku nak sembayang witir dulu . kalau dia dh dtg nnt mmg jgn harap aku nak menapak ke masjid . (kononnya la . cerita mst nk up)

lepas je melepak dan menghabiskan 2 3 buah biskut jepun kt rumah aku, kami pon beredar ke rumah dayah (seorang lagi rakan sebaya yg membawa pengaruh melepak berbekalkan rm3) . dlm kereta beliau tah cemana bercerita la pulak psl JPJ dan !&!%~*#^@ (tdk dibenarkan mencarot dlm bahasa melayu takut nnt mereka mencabul kereta aku di parking2 yg berdekatan) .

korang tau kan skrg ni dh berkuatkuasa sistem pakai tali pinggang keledar seat belakang . ? sunggoh meloyakan . abistu kalau naik kereta 4 org duduk belakang cmne nk pakai . ? herh . itu x pe lagi .. yg buat aku ketawa sampai nak terbelit pankreas bila nieza berkata tanpa segan silu ..

"aritu perodua ade buat karnival utk pasang tali pinggang keledar belakang percuma , tapi aku x sempat pulak nk pergi setting kete aku ni .. "

aku blur . sangat blur . ape kene mengena dgn kereta beliau . aku rase takde cacatnya beetle beliau yg sedang ku naiki ini ..

lantas aku pun bertanya dgn kekerutan di dahi ..

"kau nk buat ape ngn seat belt extra ni gile . ? "

"bingai la kau ni .. kete aku kan xde seat belt belakang tu .. sengall .. kenapa la aku dpt kwn mcm kau ni ajheakrharhrlshrh (mencarut dlm bahse kelantan)"

aku pon dgn rakusnya menoleh ke belakang ..

dan ketawa tahap berair mata ..

ok sumpah aku tak tau kancil xde seat belt belakang ..
huahauahau ..



tak kelakar ke . ?
lantak korang la .
bagi aku kelakar . hahahha ..