.jpg)
kelmarin sangap melanda . tak tau nak buat ape . blog walking and discover pulak resepi nih . choc slice . tengok bahan and cara dia senang je . tak payah bakar pelbagai . ok . aku mmg bengap sikit kalau masak2 membabitkan pembakaran ni . karang hangus mcm arumugam la, ape la dah susah . damn gile .
jadi, seperti gambarajah di atas merupakan hasilnya . babeng la kalau korang kata buruk kan . ? buruk2 pon sedap ok . buruk pun sebab aku tak potong pakai slice kejadah ape tu tah . harus ke pakai benda alah tu . ala .. tak pe, aku yg makan pon .
ingatkan nak save bagi bayam . kebetulan pulak dia sakit pening2 tak tau kenape . dah berapa hari tak sembuh2 . risau juga .
takpe . ini resepi choc slice ni . manelah tau korang nak cube try pulak kan . (wth selalu ayat cube try?) hoho .. ini dia ..
Bahan-bahan
200 gm coklat susu - aku gunakan Cadbury Black Forest Chocolate Bar
40 gm unsalted butter
70 gm biskut marie
70 gm coklat putih - aku gune white cooking chocolate
Cara membuatnya
1. Potong-potongkan coklat susu dengan butter.
2. Cairkan secara double boil. Selepas cair sejukkan dalam 5 minit.
3. Patah-patahkan biskut marie.
4. Cincang-cincang coklat putih tadi.
5. Bila cairan coklat dah sejuk sikit, masukkan pecahan biskut dan coklat putih tadi.
6. Basahkan / Lembapkan bekas untuk dimasukkan campuran coklat biskut tadi.
7. Lapikkan dengan plastik wrap. Hujung-hujung plastik wrap tu pasti berlebihan.
8. Tuang campuran coklat biskut.
9. Tekan-tekan campuran tersebut supaya mampat dengan sudu atau garpu.
10. Tutup bahagian atas campuran tersebut dengan lebihan plastik wrap tadi supaya boleh ditekan-tekan untuk dimampatkan.
respi ni dicurik dari sini . http://resipi.net/cookbook/question.php?ID=263
selamat mencube . !




