haha .. siang td ada karnival kt campus aku ni . karnival sempene ape tah aku lupa tema dia . maklumlah, aku ni student yg bagaikan tapak sulaiman . melekat dlm batu aje x keluar amek pusing hal ehwal campus ni . hoho . malas la aku . bkn ada hasil pon kalau amek tau . lainlah dpt ipod ke, dpt hensep ke, huh . aku ke karnival yg x smpai nam puluh tapak dr bilik aku ni kol 12 lebih mcm tu . masa tu org dah beduyun2 aku tengok . aku pergi ngn roomy aku yg bernama annur . kat sana aku jumpa kwn2 nur skali iaitu fafa, ummu dan juga kak chik (eh, knpe aku pon panggil dia kak chik?) hueheuhe . jadi kami pon mengambil keputusan untuk membeli kupon secara perkongsian iaitu seorang rm5 . aku dan nur kongsi bedua . perkongsian ini bukanlah bermakna aku takda duit, no no no .. itu sangat mustahil . tapi perkongsian ini atas sebab takda mende sgt utk dibeli . apekan tidak, harga makanan sangatlah mahal . hoi, ha .. korang nak cakap aku kedekut la tu . ceh . ini bukan kedekut, tapi jimat . untuk ape beli beger sampai rm5 seketol . ? baik aku pegi makan mekdi . tambah lagi rm5 dh buley dpt 1 set . benar atau tidak . ?
jadi atas sebab2 tersebut aku tidak mahu membeli kupon yg berharga rm10 itu . (ini hanya pada permulaan hari ya kawan2 sekalian) . kami pon berjalan2 di persekitaran gerai yg ada . ada yg jual itik gantung, yg jual biawak goreng cili api, yg jual tapir rebus, malahan ada yg jual buaya darat . hueheuhah . benar, ini hanya tipu helah semata2 . saje nk buat mcm hardcore skit tempat blaja aku ni . korang mesti takut kn . ? (kalau x pun sila la tolong buat2 takut) aku tengok dorang jual mende yg sama je mcm thn2 sebelum ni . ade pon beza mungkin kuantiti dan harga yg dorang jual tu . ade jugak gerai2 baru seperti buat tatu, buat inai, buat rambut, buat kuku, dan juga buat kurus bdn . hanya gerai buat anak je tiada . kalau ada tu, aku nk juga dtg dan memberi sedas dua atau sehelai dua pukulan maut kt sapa2 yg menjadi model itu . haihh . tidak beretika langsung . dasar x skolah agama .
dah penat berjalan, aku pun mengambil keputusan nk mkn nasik lemak je yg dijual oleh gerai CIS . korang jgn plak ckp cis . aku sepak je nnt . CIS ni stand utk Curtin Islamic Society . maklumlah kt campus aku ni bilangan bdk melayu buley dikira dgn jari kaki dan tangan seramai 10 org . (aku rase la) tp aku tgk, major bdk2 cis ni terdiri dari bdk2 petronas atau lebih gedik dgn panggilan bdk pett . jujur aku ckp , aku benci bdk pett . bdk2 mentah yg sgt poyo . dorang igt dorang bdk tajaan dorg sgt hebat . ? x la hebat mane pun . hebat lg pakcik jual tayar belon mandi laut tu . huh . tapi dlm kutuk2 ni pun aku still sapot la cis ni kn . aku ngn nur beli nasik lemak lauk ayam rendang dorg . rm3 sahaja . kira murah la .
tapi untuk sejam yg berikutnya setelah bersiar2 di gerai2 dan berfoto fotoan (menatang ape fotoan ni?), maka berbekalkan napsu pemakanan aku yg rakus ni aku pon beli kebab pita ayam lg dr cis ni yg berharga rm4, hanya sebesar sejemput tapak tgn. kira 4 kali gigit dh habih . hahaha . ya kawan2 sekalian, tiada beza nya perkongsian kupon aku tu kerana hasilnya tetap sama, aku membeli hampir rm10 juga . bongok x . ? tapi yg sebenarnya, aku bukanlah hingin sgt utk kupon mupon ni , yg aku hinginkn adalah lucky draw tu . kalau lucky dpt ipod . ipod tu beb . ipod, aku ulang lg, ipod . grrr . !
1st prize dia x ketahuan pula aku ape . x silap aku celcom broadband kot . ke ape tah . yg aku tau ipod tu tiap2 thn ade , dan yg aku tau juga, tiap2 thn aku x penah menang . adakah kerana aku ini seorang yg unlucky . ? atau adakah kerana aku ini bkn seorang lelaki atau adakah kerana aku tiada laki . ? hum .. aku sgt muskil . seingat aku , sepanjang hidup aku di bumi, aku tidak pernah menang mana2 cabutan bertuah dimana2 majlis pon . sedih kan . ? mcm adik aku yg bernama man itu, dimana2 majlis yg ada cabutan bertuah dia pasti akan menang . aghh .. itu yg bila ada cabutan bertuah je, aku pasti akan cabut awal . buat sakit paru2 aku je tunggu sbb aku bukan menang pon . hoho .
waa .. apesal aku rasa macam dah panjang sgt je aku taip . ? aku rasa td aku taip pendek je dan asal usul aku nk wat entri kali ni sbb nk cite psl cabutan bertuah ni, tp meleret2 plak smpai tahape2 . sungguh memalukan . maaf ye korang2 sekalian . nnt aku blanje air suam sorang satu sbb bace entri aku ni . hey, aku bkn kedekut ok . tp jimat . igt tu .. kesimpulannya, karnival campus aku ni sgt membosankan . kesian, terima kasih ..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment