Thursday, September 4, 2008

aku yg sensitif ..

yea .. aku tiada mood hari ni . mungkin kerana ade mate ikan dlm mulut aku jd aku tiada mood utk berborak apatah lg menulis entri ini . (tp aku ttp tulis, ceh) aku cukup x suke bila ade mate ikan ni, nk borak semacam ade bola je dlm mulut, susah bkn main. org kata sbb kurang air, nur kata sbb aku kurang garam dlm bdn . jd aku tdk tahu apekah sbb sebenar, yg aku tau, sgtlah sakit ade mate ikan ni . herh ..

aku tiada mood juga kerana td aku ber ym dgn beliau . beliau yg dimaksudkan ini aku namakan bayam . aku tdk tahu kenapa aku namakan beliau bayam . mungkin kerana aku suke makan bayam dan beliau tdk suka mkn bayam dan juga sayuran yg lain. aku ber ym setiap hari kerana aku tiada hobitat lain selain ym disini memandangkan kehidupan sgt membosankan . x payah la aku ulang smpai doploh kali utk setiap entri bahawa miri ini bosan bg aku . bermulanya cerita aku dan bayam apabila aku mengusulkan kpd beliau utk mengajak beliau berkonvoi beraya bersama aku dan rakan2 seperjuangan bila aku pulang nnt, sementelah (ceh ayat x menahan) aku tdk pernah membawa jejaka menemani ketika beraya.. tetapi apakan daya, beliau menolak pelawaan aku dgn sebab beliau seorang yg pemalu .

ouh .. aku tdk boley menerima sbb musabab itu kerana bg aku, semua org pun malu apabila jumpa org yg baru dikenali, tetapi lama kelamaan, pasti malu itu sudah tdk kelihatan lg. korang setuju x dgn pendpt aku ni . ? aku sgt berkecil hati dgn kenyataan beliau, bg aku, apalah salahnya jika turut serta bersama beraye ke rumah kwn2 aku . bkn aku berniat untuk menunjuk2 beliau pada rakan2, tidak.. tp utk beliau mengenali rakan2 yg selalu aku ceritakan, bagaimana aku bergaul dan jenis macam mana kwn2 aku, mana tahu nnt bila melepak tdk timbul masalah yg pelik2 .

tapi beliau tetap dengan pendirian beliau, tetap tidak mahu mengikut aku beraya . makin kecil lah hati aku yg sememangnya kecil ini. sudah seminggu aku memujuk beliau utk beraya bersama, tapi hasilnya tetap sama, beliau tidak mahu. lalu beliau mengatakan yg aku tdk faham akan dirinya dan tdk pernah akan faham. aku sgt terkejut dan semakin berkecil hati. masakan aku tdk memahami dirinya . ? jadi utk tdk mengeruhkan keadaan, aku akhirnya berkata ..

ecah terbang (9/4/2008 8:21:19 PM): start dr skrg org x kn ajak dh u tmn org jln beraya kalau itu yg u nk .
ecah terbang (9/4/2008 8:21:27 PM): nnt u ckp org x penah phm u ..
ecah terbang (9/4/2008 8:22:03 PM): sorry sbb paksa2 u pegi .
ecah terbang (9/4/2008 8:23:07 PM): org x kn ajak dh u jmpe kwn2 org .. u pemalu . org harus paham dn terima tu .

hanya itu yg mampu aku kata, dlm nada merajuk . (yea, aku sgt lah kuat merajuk) aku tdk mahu keadaan berlarutan yg boley menyebabkn pergaduhan. walaupon bg korang isu ini sgt lah remeh, tp tdk bg aku. apelah salahnya jika aku nak org yg ade dlm hati aku tmn aku pergi beraya ke rumah kwn2 aku, susah sgt kah permintaan aku . ? besar sgt kah permintaan aku . ? entahla .. aku serabut . yea, aku sedang merajuk ketika entri ini ditulis . tp aku sedar, walaubagaimana lamanya merajuk aku pada beliau pon, beliau tdk akan memujuk . beliau bkn begitu.

mungkin salah aku sbb terlampau mendesak ikut kemahuan aku, mungkin juga aku terlampau memikirkn masalah remeh begini, mungkin juga aku ini seorang yg kuat merajuk isu yg tah hape2 atau mungkin juga aku ini terlebih beremosi sbb aku terlampau inginkan perhatian ..

kepada bayam, maafkan orang .. orang tidak sempurna dan tidak akan menjadi sempurna dalam hatimu itu.. maafkan org andai org terlampau suka mendesak dan juga maafkan org jika org terlampau nak kan perhatian dari dirimu itu ..


nota hujung perenggan : mtk maaf pun bkn dia baca blog aku ni sbb aku pon x penah bg dia url blog aku .. herh .

2 comments:

Anonymous said...

dah2. jom gua teman lu pegi beraya tahun ni. pakai sexy2.

Anonymous said...

emm.. dh die seorg lelaki yg bermakcikkan sosial (untie sosial), pe nk bt. sbr jla.. nnti aku halau makcik die so die akn jd sosial.