lama gila aku tak update blog . bukan malas , cuma sibuk . bukan sibuk belajar, cuma sibuk merayap, batak sejak tukar campus ni .. ape nak buat, lumrah kehidupan .
semalam ummi pulang dari kuching melawat pak lang eddy yg sakit jantung . dah beberapa belas tahun beliau tak jumpa paklang eddy . pergi pun secara emergency . pergi dengan atuk dan nenek, bapa mentua abah . sepanjang ketiadaan ummi, aku la yg in charge kat rumah . habis semua bdk2 ni aku tibai cukup2 . kahakah .. kalau along ade, dah tentu aku tiada kuasa pentibai tersebut . damn .
kebetulan, aku cuti seminggu yg sepatutnya dua minggu tapi kolej aku suka2 hati diorang pendekkan seminggu konon2 nak suruh student pergi campus extra cls supaya menjadi lebih bijak pandai otak penuh sebelum mid test . perth dan miri campus boley pulak cuti 2 minggu. wth . oh, bkn aku je cuti, tp si kerol (name je rempit tapi beliau bkn rempit, bekas rempit, yea mungkin) pun cuti semester jugak . jadi beliau dan aku yg in charge . banyak benda yg menakjubkan sepanjang 4 hari ummi tiada . yea .. benda2 luar biasa yg terjadi diluar jangkaan aku .
sesungguhnya, kejadian misteri yg terjadi datangnya dari kerol, bukan aku .. antaranya adalah seperti berikut :-
1) beliau bangun seawal jam 6.30 pagi untuk menghantar semut dan wahid ke sekolah . sebelum itu beliau juga turut menyediakan sarapan pagi utk mereka .
2) sarapan pada hari isnin merupakan nasik lemak yg dibeli dari pondok kecil pak haji tepi masjid tu .. (tak tau ape nama pak haji tersebut)
3) sarapan pada hari selasa pula adalah red bean dan juga telur hancur org bujang .. (telur hancur yg takde isi, contoh seperti bawang, lada hijau dan sebagainya)
4) sarapan pada hari terakhir sebelum ummi pulang adalah yg paling hardcore antara semua sarapan kerana beliau telah menggoreng roti canai segera .. tetapi .. roti canai tersebut hangus . kahkahkah .. nasib baik beliau tak buat kari kawah sekali . kalau tak mmg confirm aku berus bulu idung sebab terlampau tertekan beliau lebih terer masak berbanding aku .
5) beliau bukan sahaja menghantar dua kanak2 tersebut ke sekolah, tetapi juga telah mengambil mereka pulang dari sekolah tepat pada masanya .
begitulah antara perkara2 magic yg beliau telah lakukan sepanjang cuti beliau minggu ini . tapi aku tau .. pasti ade karipap di sebalik kerang atas semua tindakan hebat beliau itu . kalau tak jangan harap beliau akan menjadi sebegitu rajin .. nak basuh bokser pun harapkan aku .. cehhh !
tapi korang jangan salah sangka, bukan beliau je yg rajin .. aku pun rajin jugak walaupun aku bangun lambat sikit .. banyak kerja2 halal yg aku buat, berpeluh ketiak .. haiz . oh, ade satu hari tu aku masak lambat, tau2 budak2 ni balik aku suruh makan, diorang cakap dah makan kat luar .. punyelah mengamuk aku mengalahkan mak tiri .. sedih gile bila penat2 masak tibe2 tau diorang makan luar ..
baru lah tau kenapa ummi selalu je sedih2 bila aku balik tak makan terus tidur .. moral, baliklah makan kt rumah .. huhu .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment