Monday, September 29, 2008

tercicir kapal ..

aaa .. akhirnya aku dah pulang ke pangkuan keluarga yg tercinta . best gile mata hati jiwa bila turun2 'belon' (belon ini sama dgn kapal terbang) je tgk plat nombor kereta W bukan Q . haha . aku balik jumaat mlm merangkap sabtu pagi 26hb aritu , tp barulah arini berkesempatan nk mengumpat . kohkoh . oo .. entri kali ni pendek je jd korang x pyh la juling2 mata bace panjang2 . aku pun takde mood sgt nk tulis entri ni tp sbb nk bg pedoman utk mereka2 yg belajar jauh2 dan wajib naek kapal ketika pulang ke pangkal rahim bkn rahim maarof itu, tp ke pangkal rahim ibu2 korang, ha , elok sgt lah baca entri ni ..

kejadian separa ngeri ni terjadi pada 25hb bersamaan hari kamis lps dimana aku terlepas flight ye kawan2 .. aku ulangi, aku terlepas flight dr miri ke kl .. sgt lah mcm hamlau ketika kejadian malang berbau longkang ni terjadi kt aku . punca2 aku terlepas tu x payah la aku bg tau kt sini, aku bkn apa, aku mls je nnt korang berguling golek ketawa bila tau sbb dn musabab aku terlps flight MAS yg mcm cilaka itu .. sungguh bangang sekali . aku dah hampir2 rasa nk balik berenang dh ketika tu oleh kerana ongkos utk tiket balik yg lain sgt lah mahal thp boley beli hp 3g baru . nasib baiklah x boley berenang , kalaulah boley ...

jadi kesimpulannya di sini, aku nk berpesan kt korang2 yg bercita2 nk pegi ke balik mane2 yg pakai kapal ni ke, silalah check dulu travel itinerary korang betul2 sebelum betolak . kalau boley korang tulis la kt dinding ke, kt dahi ke tarikh dn masa korang balik tu dgn terang, jelas dn nyata ye korang2 agar kejadian bangang ni x terjadi kt korang . bila aku pikir balek aku rasa bodoh tahap longkang jugak aku nih, belajar sampai degree tp bangang ttp ade .. sialan sungguh . aghh . ~

Monday, September 22, 2008

membeli belah di blog ..

haha .. bdk2 zaman sekarang ni aku tengok sudah semakin maju macam uncle raju jual putu piring . kegiatan halal yg rancak berlangsung sekarang ni bg aku adalah membeli belah di blog . mcm2 brg yg dijual, kek, roti canai, karipap, baju, emas berlian, dan macam2 lagi sampaikan bra dan spender pun ade .. aku x bohong ni . haha . dulu setau aku myspace je yg ade , xtau pulak effect sampai ke blog . agak menarik .

sampaikan aku terpengaruh jugak la membeli brg2 dr blog ni . tapi yg murah2 je la xde la sampai yg berpuluh ratus, gile kau kalau kene tipu cemane . ? huhu . aku igt bila dh jauh dr kl ni semangat shuping aku dh luntur, tp menjadi2 pulak . haiz . so far brg yg aku penah beli ni not bad la kualiti dia, cuma kdg2 indah kabar dr rupe . itu risiko yg kene ambik la kan .. heh .

antara blog2 kesukaan aku .. mcm yg aku dah letak tu . kalau korang rase menarik, boley la order . kualiti dia not bad la, harga pun ok . tp aku x jamin la .. kohkoh ..

Saturday, September 20, 2008

happy birthday ecah ..

arini 21 september .. birthday aku . yei . jd sbb xde org wish aku .. aku wish kt diri sendiri la .. hahak . kesian x . ? kesian kn . ? wuwuh ..


Happy Birthday Ayeshah


wow .. umor aku suda semaken gemok . tp aku tidak gemok2 pon . kohkoh ..

Saturday, September 13, 2008

sebuah game .

gile lama aku x letak entri baru dlm ni . kesibukan sesi pembelajaran mmg meletihkan paru2, tambah2 bulan puasa ni, sungguh menduga . tapi sebenarnya aku xde la sesibuk mane pun menggunakan otak ni utk belajar, tapi aku sibuk guna utk upgrade skill aku dlm main game . haha .. ye korang2 sekalian, aku main game . online game pula tu . kedengaran mustahil bukan . ? tapi ini realiti, bukan gusip2 lucah mcm dlm blog gaban tu. tidak sama sekali.

mesti korang tertanya2 game ape yg aku main. ini bukan game tembak2, bukan game bunuh2, bukan juga game masak memasak atau game lipstick bedak pelbagai, bukan bukan .. tapi
game ini merupakan game strategy dimana korang harus menggunakan segala kemahiran yg korang ada.. yaa .. game ini dinamakan travian . mungkin bg korang yg ada fs tu pernah tgk advert dia kt tepi kotak yg selalu menyemak kat tepi belah kanan tu, yg ade tulis psl kampung pelbagai .. haa .. itulah dia game yg aku main sekarang.

sejarah game ini diperkenalkan kt aku x lain xbukan oley beliau . setiap kali mentelifon, beliau pasti becerita tentang game ini, tentang bagaimana beliau kene serang, tentang tanah liat yg beliau ada, tentang kayu kayan, tentang askar2 dan sepelbagainya .. mula2 aku dgr tu haram aku tdk paham langsung dan tdk pula berminat utk menge'join' sehingga pd suatu hari beliau berasa bengang dgn askar beliau yg mati akibat diserang, maka dgn autometik, mlm tu jugak aku meng'register'kan diri dan bermulalah misi kehidupan aku seharian bermain game itu ..

jadi aku bitau serba sedikit ttg game itu utk pengetahuan korang. if korang taknak tau pun xpe aku xpedulik langsung, ini blog aku jd aku punye sukalah nk cite .. huahuah ..basically game ni mengisahkan tentang aku sebagai ketua kampung dimana aku ada sebuah kampung utk dimajukan. aku ada 4 hasil iaitu tanah liat, kayu, besi dan ladang. game ini mempunyai carta, jd utk menaikkan kedudukan, aku kena upgrade semua hasil itu secara berperingkat. aku juga boley membuat gua, gudang dan sebagainya. disamping itu, aku harus memprotek kampung aku dr musuh2 durjana yg ingin menyerang dan merampas sumber2 aku. jd aku haruslah mempunyai askar wataniah secara berperingkat. jd utk capai tahap yg tinggi aku terpaksa menggunakan seluruh tenaga tapak tgn aku utk bermain. haha ..

yg uniknya game ni, kalau aku x online pun sumber aku ttp meningkat. jd aku tdk perlu risau utk selalu online. tetapi risiko yg aku hadapi adalah kampung aku diserang ketika aku offline dan sumber2 aku dirampas. binawey. agh, malaslah aku nk taip pjg2, korang bkn paham pun.. pergilah korang join game ni kalau nak tau ape yg best nye .. x rugi aku ckp korang. punyalah best game ni sampai kt lab campus aku para sekuriti2 IT dh memblock web game tersebut . chaihh .. ni aku bg korang link url travian ni. mainlah game strategy ni pulak, dr main game bola la, game pilih kasih lah.. buat hape .. ha gaban . ? ha . ? haha ..


Thursday, September 4, 2008

aku yg sensitif ..

yea .. aku tiada mood hari ni . mungkin kerana ade mate ikan dlm mulut aku jd aku tiada mood utk berborak apatah lg menulis entri ini . (tp aku ttp tulis, ceh) aku cukup x suke bila ade mate ikan ni, nk borak semacam ade bola je dlm mulut, susah bkn main. org kata sbb kurang air, nur kata sbb aku kurang garam dlm bdn . jd aku tdk tahu apekah sbb sebenar, yg aku tau, sgtlah sakit ade mate ikan ni . herh ..

aku tiada mood juga kerana td aku ber ym dgn beliau . beliau yg dimaksudkan ini aku namakan bayam . aku tdk tahu kenapa aku namakan beliau bayam . mungkin kerana aku suke makan bayam dan beliau tdk suka mkn bayam dan juga sayuran yg lain. aku ber ym setiap hari kerana aku tiada hobitat lain selain ym disini memandangkan kehidupan sgt membosankan . x payah la aku ulang smpai doploh kali utk setiap entri bahawa miri ini bosan bg aku . bermulanya cerita aku dan bayam apabila aku mengusulkan kpd beliau utk mengajak beliau berkonvoi beraya bersama aku dan rakan2 seperjuangan bila aku pulang nnt, sementelah (ceh ayat x menahan) aku tdk pernah membawa jejaka menemani ketika beraya.. tetapi apakan daya, beliau menolak pelawaan aku dgn sebab beliau seorang yg pemalu .

ouh .. aku tdk boley menerima sbb musabab itu kerana bg aku, semua org pun malu apabila jumpa org yg baru dikenali, tetapi lama kelamaan, pasti malu itu sudah tdk kelihatan lg. korang setuju x dgn pendpt aku ni . ? aku sgt berkecil hati dgn kenyataan beliau, bg aku, apalah salahnya jika turut serta bersama beraye ke rumah kwn2 aku . bkn aku berniat untuk menunjuk2 beliau pada rakan2, tidak.. tp utk beliau mengenali rakan2 yg selalu aku ceritakan, bagaimana aku bergaul dan jenis macam mana kwn2 aku, mana tahu nnt bila melepak tdk timbul masalah yg pelik2 .

tapi beliau tetap dengan pendirian beliau, tetap tidak mahu mengikut aku beraya . makin kecil lah hati aku yg sememangnya kecil ini. sudah seminggu aku memujuk beliau utk beraya bersama, tapi hasilnya tetap sama, beliau tidak mahu. lalu beliau mengatakan yg aku tdk faham akan dirinya dan tdk pernah akan faham. aku sgt terkejut dan semakin berkecil hati. masakan aku tdk memahami dirinya . ? jadi utk tdk mengeruhkan keadaan, aku akhirnya berkata ..

ecah terbang (9/4/2008 8:21:19 PM): start dr skrg org x kn ajak dh u tmn org jln beraya kalau itu yg u nk .
ecah terbang (9/4/2008 8:21:27 PM): nnt u ckp org x penah phm u ..
ecah terbang (9/4/2008 8:22:03 PM): sorry sbb paksa2 u pegi .
ecah terbang (9/4/2008 8:23:07 PM): org x kn ajak dh u jmpe kwn2 org .. u pemalu . org harus paham dn terima tu .

hanya itu yg mampu aku kata, dlm nada merajuk . (yea, aku sgt lah kuat merajuk) aku tdk mahu keadaan berlarutan yg boley menyebabkn pergaduhan. walaupon bg korang isu ini sgt lah remeh, tp tdk bg aku. apelah salahnya jika aku nak org yg ade dlm hati aku tmn aku pergi beraya ke rumah kwn2 aku, susah sgt kah permintaan aku . ? besar sgt kah permintaan aku . ? entahla .. aku serabut . yea, aku sedang merajuk ketika entri ini ditulis . tp aku sedar, walaubagaimana lamanya merajuk aku pada beliau pon, beliau tdk akan memujuk . beliau bkn begitu.

mungkin salah aku sbb terlampau mendesak ikut kemahuan aku, mungkin juga aku terlampau memikirkn masalah remeh begini, mungkin juga aku ini seorang yg kuat merajuk isu yg tah hape2 atau mungkin juga aku ini terlebih beremosi sbb aku terlampau inginkan perhatian ..

kepada bayam, maafkan orang .. orang tidak sempurna dan tidak akan menjadi sempurna dalam hatimu itu.. maafkan org andai org terlampau suka mendesak dan juga maafkan org jika org terlampau nak kan perhatian dari dirimu itu ..


nota hujung perenggan : mtk maaf pun bkn dia baca blog aku ni sbb aku pon x penah bg dia url blog aku .. herh .

Tuesday, September 2, 2008

yerh, puasa ..

hari ni hari kedua puasa, merangkap tahun ke3 aku puasa tanpa ayahbonda tersyg . sunggoh membosankan . betapa aku merindui saat2 puasa di rumah dimana aku x payah susah2 untuk fikir ape nk masak. kegiatan aku seharian skrg dah rasa mcm para ibu2 dn juga isteri2 pula . hari2 kene fikir ape juadah berbuka dn bersahur. aku sendiri dh mati pucuk fikir ape nk masak . 1st day puasa aku hanya bersahur telur dadar dn juga ikan bilis goreng buh cili api dn bwg . untuk berbuka dan bersahur tu tapayah la aku cerita . aku takut meleleh hingus pilu pula korang baca entri ni nnt .

aku bukannya malas msk, tidak .. aku ini orangnya sgt lah rajin, tidak kiralah memasak ke, mengemas ke, menggosip ke, mencuci kereta ke, mengira bintang ke dn semualah, aku mampu buat, termasuklah menghabihkan duit bayam . ya..itu yg paling aku gemar . tp aku mls hendak msk sbb waktu sgt terhad . kls aku ada yg habih pukul 6, pstu nk balik hostel dgn gaya jalan kaki mcm penari inang je dah memakan masa hampir 15minit. untuk msk je hampir 30minit . itu kalau aku msk lauk yg celah gigi je yg membawa maksud sekadar goreng2 naget, fillet dn sebagainya. belum kalau aku msk lauk yg celah ketiak lg yg membawa maksud lauk2 berat spt ayam goreng kicap sayur kacang boncet dn sbgnya . belum lagi campur minit2 utk merebut dapur tu. herh ..

korang jgn pula berkata kenapa aku tdk pergi ke bazar ramadhan membeli belah lauk pauk.. ho apekah korang tdk tahu bahawasanya di sini bazar dia sgt lah ciput hasil makanannya . aku sgt tidak gemar, jgn kata kuih pelita, karipap pon belum tentu ada . kalau ada pon sgt tdk sedap . kalau yg sedap pon hanya ada 1 gerai kuih ni saja dimana ade abg hensem yg menjual apam yg x berapa nk terbalik sgt . apam kaler2 tu . aku x tau ape nama apam tu . tp itu suatu ketika dulu, skrg aku rasa dia dah tiada . mungkin sudah mati . haha ..

jadi kesimpulannya, aku x sabar menghitung hari untuk aku pulang ke pangkuan keluarga . tahun ini aku dpt berpuasa di rumah, tdk seperti thn lps dimana cuti aku bermula sehari sebelom raya . sunggoh cilaka . aku nk balekkk ...

Saturday, August 30, 2008

karnival yg tahape .

haha .. siang td ada karnival kt campus aku ni . karnival sempene ape tah aku lupa tema dia . maklumlah, aku ni student yg bagaikan tapak sulaiman . melekat dlm batu aje x keluar amek pusing hal ehwal campus ni . hoho . malas la aku . bkn ada hasil pon kalau amek tau . lainlah dpt ipod ke, dpt hensep ke, huh . aku ke karnival yg x smpai nam puluh tapak dr bilik aku ni kol 12 lebih mcm tu . masa tu org dah beduyun2 aku tengok . aku pergi ngn roomy aku yg bernama annur . kat sana aku jumpa kwn2 nur skali iaitu fafa, ummu dan juga kak chik (eh, knpe aku pon panggil dia kak chik?) hueheuhe . jadi kami pon mengambil keputusan untuk membeli kupon secara perkongsian iaitu seorang rm5 . aku dan nur kongsi bedua . perkongsian ini bukanlah bermakna aku takda duit, no no no .. itu sangat mustahil . tapi perkongsian ini atas sebab takda mende sgt utk dibeli . apekan tidak, harga makanan sangatlah mahal . hoi, ha .. korang nak cakap aku kedekut la tu . ceh . ini bukan kedekut, tapi jimat . untuk ape beli beger sampai rm5 seketol . ? baik aku pegi makan mekdi . tambah lagi rm5 dh buley dpt 1 set . benar atau tidak . ?

jadi atas sebab2 tersebut aku tidak mahu membeli kupon yg berharga rm10 itu . (ini hanya pada permulaan hari ya kawan2 sekalian) . kami pon berjalan2 di persekitaran gerai yg ada . ada yg jual itik gantung, yg jual biawak goreng cili api, yg jual tapir rebus, malahan ada yg jual buaya darat . hueheuhah . benar, ini hanya tipu helah semata2 . saje nk buat mcm hardcore skit tempat blaja aku ni . korang mesti takut kn . ? (kalau x pun sila la tolong buat2 takut) aku tengok dorang jual mende yg sama je mcm thn2 sebelum ni . ade pon beza mungkin kuantiti dan harga yg dorang jual tu . ade jugak gerai2 baru seperti buat tatu, buat inai, buat rambut, buat kuku, dan juga buat kurus bdn . hanya gerai buat anak je tiada . kalau ada tu, aku nk juga dtg dan memberi sedas dua atau sehelai dua pukulan maut kt sapa2 yg menjadi model itu . haihh . tidak beretika langsung . dasar x skolah agama .

dah penat berjalan, aku pun mengambil keputusan nk mkn nasik lemak je yg dijual oleh gerai CIS . korang jgn plak ckp cis . aku sepak je nnt . CIS ni stand utk Curtin Islamic Society . maklumlah kt campus aku ni bilangan bdk melayu buley dikira dgn jari kaki dan tangan seramai 10 org . (aku rase la) tp aku tgk, major bdk2 cis ni terdiri dari bdk2 petronas atau lebih gedik dgn panggilan bdk pett . jujur aku ckp , aku benci bdk pett . bdk2 mentah yg sgt poyo . dorang igt dorang bdk tajaan dorg sgt hebat . ? x la hebat mane pun . hebat lg pakcik jual tayar belon mandi laut tu . huh . tapi dlm kutuk2 ni pun aku still sapot la cis ni kn . aku ngn nur beli nasik lemak lauk ayam rendang dorg . rm3 sahaja . kira murah la .

tapi untuk sejam yg berikutnya setelah bersiar2 di gerai2 dan berfoto fotoan (menatang ape fotoan ni?), maka berbekalkan napsu pemakanan aku yg rakus ni aku pon beli kebab pita ayam lg dr cis ni yg berharga rm4, hanya sebesar sejemput tapak tgn. kira 4 kali gigit dh habih . hahaha . ya kawan2 sekalian, tiada beza nya perkongsian kupon aku tu kerana hasilnya tetap sama, aku membeli hampir rm10 juga . bongok x . ? tapi yg sebenarnya, aku bukanlah hingin sgt utk kupon mupon ni , yg aku hinginkn adalah lucky draw tu . kalau lucky dpt ipod . ipod tu beb . ipod, aku ulang lg, ipod . grrr . !

1st prize dia x ketahuan pula aku ape . x silap aku celcom broadband kot . ke ape tah . yg aku tau ipod tu tiap2 thn ade , dan yg aku tau juga, tiap2 thn aku x penah menang . adakah kerana aku ini seorang yg unlucky . ? atau adakah kerana aku ini bkn seorang lelaki atau adakah kerana aku tiada laki . ? hum .. aku sgt muskil . seingat aku , sepanjang hidup aku di bumi, aku tidak pernah menang mana2 cabutan bertuah dimana2 majlis pon . sedih kan . ? mcm adik aku yg bernama man itu, dimana2 majlis yg ada cabutan bertuah dia pasti akan menang . aghh .. itu yg bila ada cabutan bertuah je, aku pasti akan cabut awal . buat sakit paru2 aku je tunggu sbb aku bukan menang pon . hoho .

waa .. apesal aku rasa macam dah panjang sgt je aku taip . ? aku rasa td aku taip pendek je dan asal usul aku nk wat entri kali ni sbb nk cite psl cabutan bertuah ni, tp meleret2 plak smpai tahape2 . sungguh memalukan . maaf ye korang2 sekalian . nnt aku blanje air suam sorang satu sbb bace entri aku ni . hey, aku bkn kedekut ok . tp jimat . igt tu .. kesimpulannya, karnival campus aku ni sgt membosankan . kesian, terima kasih ..